Tuesday, January 29, 2013
Mengapa memilih DR CLEAN DOBI?
Ramai yg bertanya kat kenapa saya mengambilalih Dr Clean Dobi?
Jawapannya:
1. Saya memang meminati bisness dobi ni. Dah lama tercari- cari kedai dobi yg hendak dijual.Hajat dihati bila dapat VSS, dapat tumpukan sepenuh perhatian kat bisness ni, malangnya application VSS ditolak.So, kena buat part time la..
2. Dobi ni dapat membantu orang ramai yg sibuk- tiada masa nak basuh baju dan nak iron baju.
3. Dobi ni dapat membantu orang ramai yg tiada tempat membasuh pakaian/toto/comfortor/carpet yg agak berat. Di Dr Clean dobi ni, kami mempunyai mesin basuh yg komesial dan agak besar.
4. Dobi ni dapat membantu orang ramai yg ingin menjaga kualiti baju/fabrik terutamanya kain sutera, kot, jaket, kain samping dll sbb kami ada menyediakan Dry Cleaning.
5. Dobi ni dapat membantu orang ramai yg ingin mengeringkan baju sahaja disebabkan musim hujan dan tiada tempat menyidai kain. Di sini, kami mempunyai Dryer yg kapasiti yg agak besar.
6. Dobi ni dapat mengambil alih kerja maid- mambasuh dan menggosok baju. Kami mepunyai Iron Steamer yg komersial. Memang baju senang licin.
Disini saya share sikit baju2 dan comforter kat kedai.
Sunday, January 6, 2013
Dr Clean Dobi di Taman Pauh Jaya
Dah lama saya tak entry pos, maklum la sepanjang cuti sekolah, terlalu sibuk..macam2 hal kena settle..
Hari ni, saja nak bagitau saya ada take over satu bisness dobi kat Taman Pauh Jaya bermula 1 Jan 2013. Kedai dobi ni terletak bersebelahan dgn Nasi Kandar Astana, tepi Jalan Baru.
Sebagai perhargaan untuk customer Dr Clean Dobi ni, promosi RM2.0 /kg baru bermula sampai bulan March ni. Kalau sambutan mengalakkan, kami akan lanjutkan promos ini..
Untuk maklumat semua, selain mencuci baju, kepakaran kami yg utama adalah untuk Dry Cleaning. Banyak kedai2 dobi berhampiran menghantar baju untuk Dry Cleaning kepada kami..
Oleh itu, saya menjemput kawan2 kat Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh, Perda , Seberang Jaya dan Sg Dua datang kedaia dobi ini .
Sunday, May 27, 2012
Pengalaman a mengurangkan kolestrol
Salam semua,
Dah lama dah tulis entri..bukan sibuk apa pun, rasa malas tu lebih skit.
Kali ni saya nak share pengalaman kawan pasal kolestrol. Baru2 ni kat tempat kerja saya ada dibuat Blood test..bila tanya kawan2, rata ramai yg kolestrol tinggi. Saya pun tergolong dlm kategor kolestrol tinggi.
Ok lah, cerita pengalaman kawan sy ni. Last year kolestrol dia ~ 6.5 dan dia ada darah tinggi. Dlm 6 bulan lepas, apa yg dia practice, bila makan, dia hanya ambik nasi separuh dari biasa. Ambik lauk dan sayur spt biasa, tapi yg lainnya, dia sudah tak ambik kuah. Apa2 lauk pun, dia hanya ambik ikan atau ayam saja, tak ambik kuahnya. Breakfast pulak, dia amalkan bila makan capati ke, tosai ke, dia pun tak ambik kuah. Dia kurangkan makan nasi lemak atau roti canai yg terkenal tinggi kandungan lemaknya.
Bila ditanya adakah dia buat senaman, katanya dia hanya amalkan kalau pergi mana2 tempat yg dekat spt kedai, dia akan cuba berjalan kaki. Kalu dulu sikit2, naik kereta.
So, kali ni bila dia buat blood test, dia pun terkejut, dia dah berjaya mengurangkan kolestrol dari 6.5 kepada 4.5..
So, saya rasa kita pun boleh amalkan cara pemakanan dia. Sama2lah kita mencuba mengurangkan kolestrol
Saturday, April 7, 2012
Bahaya pinggan MELAMINE
Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat
daripada MELAMINE yang mengandungi “urea
formaldehyde” dan sangat berbahaya kepada kesihatan.
Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya
digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan
‘insulation’ wayar electrik. Bahan ini amat
berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan
masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang,
kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencingdankerosakan
sistem pembiakan.
Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan
pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan
cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali
pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada
kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi
pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China
selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut.
Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling
berbahaya disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam pinggan
mangkuk tersebut sangat mudah ‘leech out’ ke dalam
makanan kita, terutamanya jika makanan itu panas. Oleh itu
elakkan semua pinggan mangkuk plastik yg kelihatan berkilat
seperti seramik, kerana ia kemungkinan besar adalah
melamine.
Selain itu, bahan MELAMINE ini juga boleh bertindak-balas
dengan bahan makanan dan membentuk racun yang lebih
berbahaya, iaitu melamine cyanurate. Bahan ini akan
membentuk crystal seperti kaca yang boleh merosakkan salur
darah dan buah pinggang.
Baru-baru ini kecoh berita tentang pencemaran melamine di
dalam susu kanak-kanak. Kira-kira 15 bayi telah mati dan
beratus-ratus sakit buah pinggang di China disebabkan oleh
bahan ini. Pada tahun 2007 juga, telah kecoh di Amerika
Syarikat kerana bahan melamine yang mencemarkan makanan
haiwan peliharaan telah membunuh beratus-ratus binatang
peliharaan. Ini adalah bahan yang SAMA digunakan di dalam
pembuatan pinggan melamine.
Pinggan-mangkuk melamine ini banyak dijual di pasaraya di
Malaysia termasuk di TESCO, GIANT, MYDIN, CARREFOUR dan byk
lagi. Untuk keselamatan, gunalah pinggan yg dibuat dari kaca
atau seramik kerana bahan ini adalah sangat ‘stable’
dan tidak beracun.
Banyak kerajaan di Eropah, New Zealand, kerajaan Amerika
Syarikat, dan juga kerajaan UAE telah mengharamkan semua
mangkuk pinggan yang diperbuat daripada melamine.
Baca lagi tentang melamine di sini:
Melamine-tainted milk seized from China factory:
http://www.nst. com.my/Current_ News/NST/Monday/ NewsBreak/
20080915125202/ Article/index_ html
Melamine plates a health hazard
http://archive. gulfnews. com/ articles/07/ 05/14/10125274.
html
FDA: Melamine found in baby formula made in China
http://www.usatoday .com/money/ industries/food/
2008-09-11- tainted-formula_ N.htm
Pet Food Recall (Melamine)/Tainted Animal Feed
http://www.fda. gov/oc/opacom/ hottopics/petfood. html
Wednesday, March 21, 2012
Khasiat Daun Kucai
Daun kucai mempunyai antisepetik yang tersendiri kerana ia mampu untuk membunuh kuman bakteria dalam usus di samping menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta proses pengembangan usus. Bukan itu sahaja malahan ia juga akan melancarkan darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah dalam badan.
Cara rawatannya adalah dengan menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian di kacau bersama dengan air panas. Di minum pada setiap pagi. Apa pun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dahulu sebelum melakukannya sendiri ![]()
Saturday, March 17, 2012
Kutu Kepala
Kitar hidup
Kutu kepala menyerang pada kulit kepala. Parasit-parasit ini makan dengan menghisap darah perumah mereka. Kutu betina menghasilkan telur yang melekat kepada bahagian bawah lembaran rambut. Telur kutu ini akan menetas dalam masa 8 -10 hari dan menjadi matang dalam masa 2 minggu dan seluruh kitar hidup akan bermula lagi. Kutu kepala dapat disebarkan daripada seseorang kepada orang lain sama ada dengan merangkak atau jatuh ke atas pakaian atau cadar dan berpindah ke perumah lain, atau melalui perkongsian aksesori rambut seperti sikat, berus, tuala dan sebagainya.
Simptom
v Rasa yang sangat gatal pada kulit kepala atau di belakang telinga dan leher.
v Sentiasa menggaru sehingga menyebabkan ruam yang kerapkali kelihatan di belakang
telinga.
v Bintik-bintik putih pada rambut (iaitu telur kutu) yang melekat kepada rambut.
v Nodus limfa yang bengkak di sebalik telinga dalam keadaan yang teruk.
v Dalam kes-kes yang teruk, jangkitan bakteria sekunder mungkin berlaku pada kawasan
kulit yang pecah akibat digaru dengan kuat.
Apa yang anda boleh buat
v Gunakan syampu berubat atau losen kutu kepala (Tanya doctor atau ahli farmasi mengenai losen yang sesuai) untuk membunuh kutu. Keringkan rambut anda dengan sempurna,kemudian buangkan semua kutu yang mati dan telur kutu dengan sikat yang bergigi halus
(sikat kutu). Ulangi rawatan sekali setiap minggu yang berikutnya sehingga semua kutu yang baru menetas dibunuh. Ini kerana syampu ini tidak membunuh telur kutu. Contoh losen yang boleh digunakan untuk merawat kutu kepala adalah seperti losen yang mengandungi lindane (gamma benzin heksaklorida) dan permethrin. Bagi kanak-kanak, lindane harus digunakan seperti yang diarahkan. Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kesan mudarat yang teruk. Secara umumnya, bagi rawatan yang lengkap, sapukan produk tersebut (50 ml losen atau 50-100 ml pembilas krim) pada kulit kepala lebih kurang 2 kali dengan selang masa 7 hari di antara kedua-duanya. Kulit kepala harus dibalut dengan tuala dan ubat harus dibiarkan di situ selama sekurang-kurangnya 12 jam.
v Buangkan telur kutu – Celupkan sikat bergigi halus ke dalam cuka suam sebelum menyikat rambut, kerana cuka boleh melonggarkan bahan seperti gam yang melekatkan telur kutu kepada rambut.
v Periksa rambut ahli keluarga dan rawat jika perlu. Elakkan daripada menggunakan losen kutu pada bayi di bawah usia 1 tahun dan wanita hamil. Dalam kes-kes ini, pembuangankutu secara manual harus dilakukan secara perlahan-lahan.
v Topi harus dicuci-keringkan.
v Semua berus dan sikat dan bahan lain yang telah digunakan pada rambut yang telah
dijangkiti dengan kutu kepala harus direndam dalam losyen kutu atau alkohol selama
beberapa jam, dicuci dan dikeringkan sepenuhnya.
v Semua cadar dan alas kerusi harus dicuci dengan air panas dan dikeringkan di bawah
cahaya matahari atau dalam kitar panas mesin pengering.
v Vakumkan semua tilam, permaidani, alas kaki dan perabot yang dibalut dengan kain.
v Bagi jangkitan sekunder pada ruam atau calar, berjumpalah dengan doctor untuk rawatan.
v Gunakan semua ubat kutu seperti yang diarahkan.
Pencegahan
v Elakkan daripada berkongsi berus, sikat dan aksesori rambut dan sebagainya.v Elakkan daripada berkongsi tuala.
v Jangan menghantar kanak-kanak yang diinfestasi kutu ke sekolah sehingga mereka telah
dirawat dengan sempurna.

















